Kerjaya kelab Niko Kranjčar

Dinamo Zagreb

Kranjčar telah menghabiskan masanya bermain bola sepak ketika menyertai kelab remaja Dinamo Zagreb, dan kemudian pada usia 17 tahun, beliau menjadi kapten pasukan termuda buat pertama kali. Beliau juga menjadi penjaring gol termuda di Prva HNL selepas beliau membuat debut liga untuk Dinamo pada usia 16 tahun sebelum membantu kelabnya untuk memenangi dua kejohanan iaitu Piala Croatia dan gelaran liga pada tahun 2003 dan menjuarai Piala Croatia sekali lagi pada musim berikutnya.[2]

Hajduk Split

Pada January 2005, beliau mengalami perselisihan dengan pengurus Dinamo Zagreb yang membawa pemindahan kepada pesaing terbesar Dinamo, Hajduk Split dengan bayaran yang dilaporkan sekitar €1.88 juta. Seramai 10 000 orang datang ke majlis pelancaran Kranjcar menjadi pemain rasmi Hajduk Split.

Kranjcar membuat debut liga untuk Hajduk pada 26 Februari 2005 ketika seri 2–2 menentang Osijek. Beliau menjaringkan gol pertama untuk Hajduk pada 23 April 2005 ketika menang besar 5–1 ke atas NK Inter. Beliau menjaringkan gol keduanya ketika menentang Vatreks pada 28 Mei 2005, 6-0.

Kranjčar membantu Hajduk untuk menjuarai Prva HNL 2004–05, di mana ini merupakan trofi liga kali kedua berturut-turut. Niko mengatakan bahawa beliau akan bersama Hajduk untuk musim seterusnya. Dalam Prva HNL 2005–06, beliau menjadi penjaring terbanyak Hajduk dengan 10 gol.

Selepas Piala Dunia 2006, beberapa kelab Eropah telah berminat dengan aksi dan kebolehan yang ditunjukkan oleh Kranjčar. Antara kelab itu seperti Stade Rennais dan Celta Vigo. Pada Ogos 2006, Rennes telah membida sebanyak 4.5 juta untuk Kranjčar, di mana Hajduk menolak. Kemudian pada hari yang sama Kranjčar kemudian berpindah ke Portsmouth dengan bayaran yang dilaporkan sebanyak £3.5 juta (€5.2 juta) pada 31 Ogos 2006.[3]

Portsmouth

Kranjčar membuat debut Liga Perdana Inggeris untuk Portsmouth pada 1 Oktober 2006, beliau bermain penuh 90 minit apabila tewas 2–1 kepada Tottenham Hotspur. Beliau menjaringkan gol liga pertamanya pada 31 Mac 2007 ketika menentang Fulham, memberi kedudukan selesa untuk Portsmouth, 1–0 tetapi keputusan perlawanan itu berkesudahan seri 1–1.[4] Beliau membuat 24 penampilan dan menjaringkan dua gol dalam musim pertamanya di Liga Perdana Inggeris. Pada musim berikutnya, beliau antara pemain Portsmouth yang menjuarai Piala FA Inggeris.[5]

Pada permulaan musim 2008–09, AS Monaco telah membida sebanyak £12 juta untuk Kranjčar tetapi ditolak,[6] Pada 12 Februari 2009, apabila Portsmouth tersingkir dari Liga Perdana dan turun ke divisyen dua, Kranjčar mengatakan beliau perlu keluar dari Portsmouth dan ke kelab yang lebih besar.[7] Arsenal dan AS Monaco telah dikaitkan untuk membeli pemain antarabangsa Croatia itu.[8][9] Pengurus Everton, David Moyes telah tertarik dengan aksi Kranjčar dan ingin menggantikan pemain Mikel Arteta.[10]

Tottenham Hotspur

Niko Kranjčar pada 2010.

Pada 1 September 2009, Kranjčar sertai Tottenham Hotspur dari Portsmouth selepas kedua-kedua kelab ini bersetuju dengan bayaran perpindahan sekitar £2.5 juta, walaupun jumlah bayaran tidak didedahkan. Beliau menandatangani kontrak empat tahun bersama Spurs.[11] Everton dilaporkan telah lewat untuk membida Kranjčar, disebabkan itu, beliau ke Spurs dan berkata: "Everton ialah kelab yang besar, tetapi pada penamatnya, Tottenham ada kelainannya. Saya tahu pengurus Harry Redknapp, Luka Modrić dan Vedran Ćorluka memberitahu saya tentang kejayaan besar kelab ini.[12]

Kranjčar membuat debut untuk Tottenham ketika menjadi pemain gantian semasa tewas 3-1 kepada Manchester United.[13] Pada 26 September 2009, Kranjčar membuat penampilan penuh Tottenham ketika menang besar 5–0 ke atas kelab bawahan, Burnley.[14] Beliau menjaringkan gol pertama untuk Spurs dalam satu perlawanan Liga Perdana menentang Bolton Wanderers pada 4 Oktober 2009.[15] Pada 20 Mac 2010, Kranjčar menjaringkan gol kemenangan, 1–2 ke atas Stoke City.[16] Kranjčar sukar untuk dipilih ke dalam kesebelasan utama apabila pemain tumpuan, Gareth Bale bermain pada posisinya. Selepas Bale dikeluarkan akibat kecederaan, Tottenham memasukkan Kranjcar sebagai pemain gantian dan beliau menjaringkan gol kemenangan ke atas Bolton Wanderers, 2-1.

Dynamo Kyiv

Pada 6 Jun 2012, Dynamo Kyiv telah mengesahkan bahawa pihak mereka telah menandatangani Niko Kranjčar dengan kontrak empat tahun. Bayaran pemindahan itu sekitar £7 juta.[17] Selepas beliau berpindah ke Dynamo Kyiv, Niko Kranjčar berkata beliau amat "gembira dan berpuas hati" sertai Dynamo Kyiv dan beliau berkata lagi semasa berada di Tottenham amat ‘mengecewakan’. Beliau menjaringkan dua gol ketika hari kedua perlawanan mnenentan Volyn Lutsk. Selepas permulaan yang baik pada awal musim, Kranjčar telah mengalami kecederaan pada buku lali beliau, beliau terpaksa berehat sehingga hujung tahun. Beliau kembali selepas musim sejuk, tetapi hanya membuat dua penampilan sebelum beliau cedera sekali lagi ketika bersama pasukan kebangsaan Croatia pada Mac 2013. Kali ini, beliau terpaksa berehat sehingga penghujung musim.

Queens Park Rangers

Pada 2 September 2013, Kranjčar sertai Queens Park Rangers secara pinjaman bersama bekas pengurusnya Harry Redknapp, yang membeli dua pemain lain dari bekas kelabnya, Tottenham Hotspur.[18] Ini kali ketiga Redknapp membeli Kranjčar, dengan sebelum ini Redknapp membeli Kranjcar ketika di Portsmouth dan Tottenham.[19] Kranjčar membuat penampilan pertama bersama kelab barunya ketika menentang Yeovil Town, beliua memasuki padang pada separuh masa kedua. Beliau membuat penampilan penuh bersama kelab barunya ketika menentang Middlesbrough pada lewat September 2013.[20] Kranjčar menjaringkan gol pertamanya untuk QPR ketika menentang Millwall, dan beliau juga membuat hantaran pada perlawanan itu sambil diundi sebagai "Pemain Terbaik Perlawanan", QPR seri 2-2.[21] Pada Januari 2014, beliau menjaringkan gol tunggal untun memberikan kemenangan kepada QPR membenam Ipswich Town, 1-0.[22] Beliau meninggalkan kelab pada 1 Julai 2014 berikutan tempoh pinjamannbya telah tamat, tetapi beliau kembali semula pada hari terakhir pemindahan musim panas pada 1 September 2014 secara pinjaman tempoh berpanjangan.[23]

Rujukan

WikiPedia: Niko Kranjčar http://www.bbc.com/sport/0/football/24502879 http://edition.cnn.com/2005/SPORT/football/01/21/c... http://www.espnstar.com/football/premier-league/ne... http://www.fifa.com/worldfootball/clubfootball/new... http://www.premierleague.com/page/PlayerProfile/0,... http://www.skysports.com/story/0,19528,11661_49151... http://www.theguardian.com/football/2014/jan/11/ip... http://www.theguardian.com/football/2014/sep/01/qu... http://www.tottenhamhotspur.com/news/articles/kran... http://www.free-football.tv/news/Niko-Kranjcar-Cro...